Tragedi Gedung Wtc 11 September 2001 Essay

Serangan 11 September 2001 (juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[2][3] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa dua jam, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, dekat Washington, D.C. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.

Seramai 3,000 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[4] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[4] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[5] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[6] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[7] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[8]

Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[1] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.

Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.

Serangan[sunting | sunting sumber]

Pada awal pagi 11 September 2001, 19 orang perampas mengambil alih pengemudian empat buah pesawat penumpang komersil yang berada dalam perjalanan ke San Francisco dan Los Angeles dari Boston, Newark, dan Washington, D.C.[10] Pada 8:46 pagi, Penerbangan 11 American Airlines terhempas ke dalam Menara Utara World Trade Center, disusuli oleh Penerbangan 175 United Airlines yang merempuh Menara Selatan pada 9:03 pagi.[11][12]

Sekumpulan lagi perampas menerbangkan Penerbangan 77 American Airlines ke dalam Pentagon pada 9:37 pagi,[13] dan yang satu lagi, iaitu Penerbangan 93 United Airlines, terhempas dekat Shanksville, Pennsylvania, pada 10:03 pagi, setelah para penumpangnya bertarung dengan perampas. Sasaran mutlak Penerbangan 93 dijangkakan sama ada bangunan Kapitol (tempat persidangan Kongres Amerika Syarikat) atau Rumah Putih.[14][15]

Sesetengah penumpang sempat membuat panggilan dengan menggunakan khidmat telefon udara dalam kabin dan telefon bimbit[16][17] untuk memberikan maklumat mengenai pencerobohan perampas pesawat, bahawa cokmar atau suatu jenis semburan kimia beracun telah digunakan, seperti gas pemedih mata atau semburan lada, lebih-lebih lagi adanya penumpang yang cedera ditikam.[18][19][20][21] Dilaporkan bahawa dalam dua penerbangan terlibat, perampas menikam dan membunuh juruterbang, pramugari dan sekurang-kurangnya seorang penumpang.[22][23]Suruhanjaya 9/11 mendapati bahawa dua orang perampas baru membeli peralatan tangan pelbagai fungsi jenama Leatherman sebelum menaiki pesawat.[24]Seorang pramugara Penerbangan 11, seorang penumpang Penerbangan 175, dan beberapa orang penumpang Penerbangan 93 menyebut bahawa para perampas itu memegang bom, tetapi salah seorang penumpang itu juga menyebut bahawa bom itu adalah palsu. Tiada kesan bahan letupan ditemui di tempat-tempat hempasan, maka Suruhanjaya 9/11 percaya bahawa bom-bom itu mungkin sekali palsu.[22]

Dalam Penerbangan 93 United Airlines, satu transkrip audio rakaman perakam suara kokpit mendedahkan bahawa para kakitangan dan penumpang cuba menawan semula kapal terbang daripada perampas setelah mengetahui bahawa pesawat-pesawat lain yang ditahan telah terhempas pada bangunan pada pagi itu melalui panggilan telefon.[25] Salah seorang perampas mengeluarkan arahan mengoleng kapal terbang apabila mereka semakin hilang kawalan pesawat kepada penumpang.[26] Tidak lama kemudian, pesawat itu terhempas di atas sebuah padang berdekatan Shanksville di Perbandaran Stonycreek, Kaunti Somerset, Pennsylvania, pada 10:03:11 pagi waktu tempatan (14:03:11 UTC).

Dalam temuramah September 2002 yang dijalankan oleh Yosri Fouda, seorang pembikin dokumentari dan wartawan al Jazeera, Khalid Sheikh Mohammed dan Ramzi bin al-Shibh yang dipercayai mengaturkan serangan, mengakui bahawa pesawat keempat itu dihalakan ke arah Kapitol Amerika Syarikat, yang diberikan nama kod "Fakulti Undang-Undang",[27] bukan Rumah Putih. Mereka menjelaskan lagi bahawa al-Qaeda pada mulanya merancang untuk membawa pesawat yang dirampasnya itu ke tempat nuklear daripada World Trade Center dan Pentagon, tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak menyerang loji nuklear "buat sementara" atas kebimbangan bahawa keadaan boleh "menjadi di luar kawalan".[28]

Tiga buah bangunan di Kompleks Pusat Dagangan Dunia runtuh akibat kegagalan struktur pada hari kejadian.[29] Menara selatan (2 WTC) runtuh kira-kira 9:59 pagi, setelah terbakar selama 56 minit disebabkan kesan pelanggaran Penerbangan 175 United Airlines.[29] Menara utara (1 WTC) runtuh pada 10:28 pagi, setelah terbakar selama kira-kira 102 minit.[29] Ketika menara utara runtuh, sisa runtuhannya turut merosakkan dan menyebabkan kebakaran bangunan 7 World Trade Center (7 WTC). Kebakaran ini marak selama berjam-jam dan turut menjejaskan keutuhan struktur bangunan, sehingga menyebabkan emper timur tumbang pada 5:20 petang, dan seluruh binaan runtuh seminit kemudian.[30][31]

Kejadian ini menimbulkan kekalutan yang berleluasa di kalangan pertubuhan berita dan pengawal lalu lintas udara di merata Amerika Syarikat. Semua lalu lintas utara awam antarabangsa dilarang mendarat di atas tanah AS selama tiga hari.[32] Pesawat yang sudah terbang pula dipaksa berpatah balik atau dilencongkan ke lapangan terbang di Kanada atau Mexico. Sumber berita menyiarkan laporan-laporan yang tidak disahkan dan sering kali bercanggah sesamanya sepanjang hari. Salah satu laporan yang terpenting adalah berkenaan bom kereta yang diledakkan di ibu pejabat Jabatan Negara di Washington, D.C.[33] Sebaik sahaja selepas melaporkan kejadian di Pentagon buat pertama kali, sesetengah media turut melaporkan bahawa berlakunya kebakaran di National Mall.[34] Satu lagi laporan tersiar dalam corong Associated Press yang mendakwa bahawa sebuah pesawat Delta Air Lines turut dirampas, tetapi rupanya laporan itu tersilap; pesawat ini pada awalnya disangka mempunyai risiko dirampas, tetapi ia mematuhi arahan pengawal dan mendarat secara selamat di bandar Cleveland, Ohio.[35]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Mangsa serangan 11 September

Terdapat sejumlah 2,996 kehilangan nyawa, termasuk 19 perampas dan 2,977 mangsa.[36] Taburan korban adalah seperti berikut: 246 orang di keempat-empat pesawat (daripada mana tiada yang terselamat), 2,606 orang di Bandar Raya New York, di dalam menara berkembar dan atas tanah, dan 125 orang di bangunan Pentagon.[37][38] Kesemua mangsa korban dalam kejadian ini adalah orang awam, kecuali 55 kakitangan tentera yang terbunuh dalam serangan di Pentagon.[39]

Lebih 90 buah negara kehilangan warga dalam serangan ke atas World Trade Center.[40] Pada tahun 2007, pejabat pemeriksa perubatan Bandar Raya New York menambahkan Felicia Dunn-Jones ke dalam jumlah kematian serangan 11 September. Dunn-Jones meninggal dunia lima bulan selepas 9/11 akibat penyakit paru-paru yang berkaitan dengan keterdedahan kepada habuk ketika runtuhnya World Trade Center.[41] Leon Heyward yang mati akibat limfoma pada tahun 2008, ditambahkan dalam jumlah kematian pada tahun 2009.[42]

NIST menganggarkan seramai 17,400 orang awam berada di dalam World Trade Center sewaktu kejadian, sementara kiraan lawang putar daripada Lembaga Pelabuhan menyatakan bahawa 14,154 orang kekal dalam Menara Berkembar pada 8:45 pagi.[49][50] Majoriti besar orang di bawah zon hempasan selamat mengosongkan bangunan, bersama 18 orang yang berada dalam zon hempasan di menara selatan, dan sebilangan kecil lagi di atas zon hempasan yang memanfaatkan satu-satunya ruang tangga yang masih elok dalam menara selatan.[51] Sekurang-kurangnya 1,366 orang terkorban berada di dalam atau atas aras terhempas di Menara Utara dan sekurang-kurangnya 618 orang di Menara Selatan, di mana usaha pengosongan telah bermula sebelum hempasan kedua.[52] Maka, lebih 90% pekerja dan pelawat yang terkorban di Menara Berkembar ini berada searas atau di atas kawasan hempasan.

Menurut Laporan Suruhanjaya, ratusan mangsa korban dibunuh serta-merta dalam hempasan, manakala yang selebihnya terperangkap dan mati selepas menara runtuh.[53] Sekurang-kurangnya 200 orang melompat sampai mati dari menara yang terbakar (seperti yang digambarkan dalam foto "The Falling Man"), menjunam beratus-ratus kaki tingginya hingga terhempap di jalan-jalanan dan bumbung-bumbung bangunan berdekatan.[54] Sesetengah penghuni menara di atas zon hempasan bergegas ke aras bumbung dengan harapan diselamatkan oleh helikopter, tetapi pintu masuk bumbung dikunci. Tiadanya pelan yang wujud untuk penyelamatan dengan helikopter, dan pada 11 September, asap yang berkepul-kepul dan haba yang melampau menghalang usaha menyelamat oleh helikopter.[55]

Sejumlah 411 pekerja kecemasan yang bergerak balas kepada kejadian terkorban ketika cuba menyelamatkan orang serta memadamkan api. Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) keguguran 341 orang ahli bomba dan 2 orang paramedik.[56]Jabatan Polis Bandar Raya New York pula kehilangan 23 orang anggota.[57]Jabatan Polis Lembaga Pelabuhan kehilangan 37 orang pegawai,[58] dan 8 lagi EMT dan paramedik daripada perkhidmatan perubatan kecemasan swasta turut terkorban.[59][60]

Selain New York, negeri New Jersey juga paling teruk terjejas, dengan bandaraya Hoboken yang mengalami kematian teramai.[61]

Beberapa minggu selepas kejadian, bilangan korban dianggarkan melebihi 6,000,[62] tetapi rupanya ini lebih dua kali bilangan yang disahkan mati. Pihak bandaraya hanya mampu mengenal pasti identiti mayat untuk kira-kira 1,600 mangsa di World Trade Center. Pejabat pemeriksa perubatan juga mengumpul "kira-kira 10,000 cebisan tulang dan tisu tak terkenal pasti yang tidak dapat dipadankan dengan senarai mangsa korban".[63] Cebisan tulang masih ditemui pada tahun 2006, apabila para pekerja bersedia untuk merobohkan Bangunan Deutsche Bank yang rosak teruk. Operasi tersebut siap pada tahun 2007. Pada 2 April 2010, sepasukan pakar antropologi dan arkeologi mula mencari tinggalan manusia, artifak manusia dan barang-barang milik peribadi di Kambus Tanah Fresh Kills di Staten Island. Operasi itu siap pada Jun 2010 dengan penemuan 72 tinggalan manusia, maka jumlah mayat manusia yang dijumpai meningkat kepada 1,845. Identiti 1,629 mangsa serangan di World Trade Center telah dikenal pasti. Pemprofilan DNA dalam cubaan mengenal pasti mangsa tambahan sedang dijalankan.[64]

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Di samping Menara Berkembar 110 aras itu sendiri, banyak lagi bangunan lain di tapak World Trade Center turut ranap atau rosak teruk, termasuk 7 World Trade Center, 6 World Trade Center, 5 World Trade Center, 4 World Trade Center, Marriott World Trade Center (3 WTC), kompleks Pusat Kewangan Sedunia dan Gereja Ortodoks Yunani St. Nicholas.[65]

Daripada bangunan-bangunan dan struktur-struktur milik kompleks World Trade Center, Menara Utara (1 World Trade Center), Menara Selatan (2 World Trade Center), Hotel Marriott (3 World Trade Center) dan 7 World Trade Center musnah sepenuhnya, manakala 4 World Trade Center, 5 World Trade Center, One Liberty Plaza, Pejabat Kastam A.S. (6 World Trade Center), dan kedua-dua jejantas pejalan kaki pula rosak teruk. Bangunan Deutsche Bank di 130 Liberty Street mengalami kerosakan separa dan terpaksa dirobohkan kemudian. Kedua-dua bangunan World Financial Center turut mengalami kerosakan.

Bangunan Deutsche Bank di seberang Liberty Street dari kompleks World Trade Center kemudian diisytiharkan tidak selamat disebabkan keadaan toksik dalam menara pejabat lalu menjalani perobohan.[66][67] Dewan Fiterman di Kolej Komuniti Daerah Perbandaran Manhattan di 30 West Broadway turut disahkan tidak selamat disebabkan kerosakan berleluasa akibat selatan, dan juga bakal dinyahbina.[68]

Bangunan-bangunan berdekatan yang lain pula, termasuk 90 West Street dan Verizon Building turut mengalami kerosakan besar, tetapi berjaya dipulihkan.[69] Bangunan-bangunan World Financial Center, One Liberty Plaza, hotel Millenium Hilton, dan 90 Church Street mengalami kerosakan sederhana,[70] kesemuanya dipulihkan. Kelengkapan komunikasi di atas Menara Utara turut musnah, termasuk radio, televisyen dan antena radio dua hala, tetapi stesen media sempat menghalakan isyarat dan memulihkan penyiaran.[65][71] Di Kaunti Arlington, sebahagian bangunan Pentagon teruk dimusnahkan oleh api sehingga satu seksyen bangunan itu runtuh.[72]

Penyelamatan dan pemulihan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) cepat menghantar 200 unit (separuh jabatan) ke tempat kejadian. Usahanya dibantu oleh ramai ahli bomba tak bertugas dan juruteknik perubatan kecemasan.[73][74][75]Jabatan Polis New York (NYPD) menghantar unit-unit Perkhidmatan Kecemasan dan ramai lagi kakitangan polis yang lain, di samping mengutuskan unit udara.[76] Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, anggota FDNY, NYPD, dan polis Lembaga Pelabuhan tidak menyelaraskan usaha,[73] sebaliknya terpaksa melakukan kerja pencarian orang awam yang berlebihan.[77]

Apabila keadaan bertambah teruk, unit udara NYPD menyampaikan maklumat kepada komander polis supaya mengeluarkan arahan kepada para anggota untuk meninggalkan menara-menara itu; kebanyakan pegawai NYPD sempat keluar dengan selamat sebelum bangunan itu runtuh.[76][77] Disebabkan pos perintah berasingan serta komunikasi radio yang tidak serasi sesama agensi, amaran tidak disampaikan kepada komander FDNY.

Selepas menara pertama tumbang, komander FDNY juga mengeluarkan amaran pengosongan; bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal akibat kerosakan sistem pengulang radio, ramai ahli bomba yang tidak dapat menerima arahan itu. Penghantar 9-1-1 juga menerima maklumat daripada pemanggil yang tidak disampaikan kepada komander di tempat kejadian.[74] Dalam beberapa jam selepas serangan, bermulanya sebuah operasi mencari dan menyelamat besar-besaran. Selepas berbulan-bulan operasi sepanjang masa, tapak World Trade Center akhirnya dibersihkan pada lewat Mei 2002.[78]

Penyerang[sunting | sunting sumber]

Berjam-jam selepas serangan, FBI mengeluarkan nama-nama perampas dan juruterbang yang disyaki kepada umum, di samping butiran peribadi sesetengah mereka.[79][80]Mohamed Atta dari Mesir merupakan ketua 19 perampas dan salah seorang juruterbang.[81] Atta terkorban dalam serangan bersama semua perampas yang lain, tetapi bagasinya (yang tidak disambungkan dari penerbangannya dari Portland ke Penerbangan 11) mengandungi kertas-kertas yang mendedahkan identiti kesemua 19 perampas dan petunjuk-petunjuk penting yang lain mengenai rancangan, motif dan latar belakang mereka.[82] Pada tengah hari, Agensi Keselamatan Negara memintas komunikasi yang menghala ke Osama bin Laden, begitu juga dengan agensi-agensi perisikan Jerman.[83][84]

Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan gambar 19 perampas berserta maklumat kerakyatan dan nama-nama lain yang mungkin digunakan oleh mereka.[85] 15 daripada mereka berasal dari Arab Saudi, dua dari Emiriah Arab Bersatu, seorang dari Mesir (Atta), dan seorang dari Lubnan.[86]

Siasatan FBI terhadap kejadian yang bernama kod Operasi PENTTBOM, merupakan usaha penyiasatan yang terbesar dan paling rumit dalam sejarah FBI, melibatkan lebih 7,000 ejen khas.[87]Kerajaan Amerika Syarikat mendapati bahawa al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden bertanggungjawab atas serangan ini, sementara FBI berkata bahawa "bukti yang mengaitkan al-Qaeda dan bin Laden dengan serangan 11 September adalah jelas dan tidak boleh disangkal".[88]Kerajaan United Kingdom mendapat kesimpulan yang sama bahawa al-Qaeda dan Osama bin Laden bersalah atas serangan 11 September.[89]

Pengarang Laurie Mylroie yang menulis dalam majalah siasah konservatif The American Spectator pada tahun 2006, berhujah bahawa Khalid Sheikh Mohammed sekeluarga merupakan perancang utama 9/11 dan serangan-serangan seumpamanya, manakala kaitan Khalid Sheikh Mohammed dengan Osama bin Laden adalah sampingan dan pengakuan bertanggungjawab al-Qaeda atas serangan itu datang selepas hakikat itu dan bersifat oportunis.[90] Bekas pegawai CIA, Robert Baer, menuliskan kenyataan yang bercanggah dengan hujah Mylorie dalam majalah Time pada tahun 2007, dengan menegaskan bahawa pendedahan pengakuan bertanggungjawab Khalid Sheikh Mohammed atas 9/11 dan tindakan-tindakan lain oleh kerajaan pimpinan George W. Bush merupakan cubaan yang berdusta untuk mendakwa bahawa kesemua pelaku utama 9/11 telah ditangkap.[91]

Al-Qaeda[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Al-Qaeda

Asal-usul al-Qaeda boleh disusuri ke tahun 1979, apabila Kesatuan Sovietmenyerang Afghanistan. Sebaik sahaja selepas serangan itu, Osama bin Laden pergi ke Afghanistan untuk menghulurkan bantuan dalam mendirikan puak mujahidin Arab serta menubuhkan pertubuhan Maktab al-Khidamat (MAK) untuk menentang Soviet. Ketika berperang dengan Kesatuan Soviet, bin Laden dan para pejuangnya menerima pembiayaan Amerika dan Saudi yang kebanyakannya disalurkan menerusi ISI, perkhidmatan perisikan Pakistan.[92] Pada tahun 1989, apabila Soviet berundur, MAK ditukarkan menjadi "angkatan gerak balas cepat" yang berjihad ke atas pemerintah-pemerintah di seluruh dunia Islam. Dengan bimbingan Ayman al-Zawahiri, Osama bin Laden menjadi lebih radikal.[93] Pada tahun 1996, bin Laden mengeluarkan fatwa pertamanya yang menyeru supaya tentera Amerika meninggalkan Arab Saudi.[94]

Bin Laden mengeluarkan fatwa keduanya pada tahun 1998 untuk membantah dasar luar Amerika Syarikat terhadap Israel, serta kehadiran askar Amerika yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang Teluk.[95] Bin Laden menggunakan kitab suci Islam untuk menggesa tindakan ganas terhadap tentera dan rakyat Amerika Syarikat sehingga tuntutan-tuntutannya diakur, dengan hujah bahawa "para ulama sepanjang sejarah Islam bersetuju sebulat suara bahawa jihad merupakan tugas perseorangan jika musuh menghancurkan negara-negara Islam."[95]

Perancangan serangan[sunting | sunting sumber]

Gagasan komplot 11 September datangnya daripada Khalid Sheikh Mohammed yang mula-mula membentangkan gagasannya itu kepada Osama bin Laden pada tahun 1996.[96] Ketika itu, bin Laden dan al-Qaeda berada dalam zaman peralihan dan baru berpindah balik ke Afghanistan dari Sudan.[97] Kejadian pengeboman kedutaan Amerika Syarikat di Afrika dan satu lagi fatwa bin Laden, kedua-duanya pada tahun 1998, menandakan titik perubahan yang mana bin Laden berhajat untuk menyerang Amerika Syarikat.[97] Pada Disember 1998, Pusat Anti-Pengganas Pengarah Perisikan Pusat melaporkan kepada Presiden Bill Clinton bahawa al-Qaeda sedang membuat persiapan untuk menyerang di Amerika Syarikat, termasuk melatih kakitangan untuk merampas pesawat.[98]

Sekitar akhir 1998 atau awal 1999, bin Laden memberikan kelulusan kepada Mohammed untuk terus mengaturkan rancangan. Pada musim bunga 1999, serantai perjumpaan diadakan melibatkan Khalid Sheikh Mohammed, Osama bin Laden, dan timbalannya, Mohammed Atef.[97] Mohammed menyediakan sokongan operasi untuk komplot itu, termasuk memilih sasaran serta membantu mengaturkan perjalanan untuk para perampas.[97] Bin Laden menolak beberapa sasaran yang diusulkan oleh Mohammed seperti U.S. Bank Tower di Los Angeles[99] kerana "kesuntukan masa untuk membuat persiapan untuk operasi sebegini".[100]

Bin Laden memimpin komplot, di samping menghulurkan bantuan kewangan, serta terlibat dalam pemilihan peserta untuk komplot ini.[101] Bin Laden pada mulanya memilih Nawaf al-Hazmi dan Khalid al-Mihdhar, kedua-duanya mujahid berpengalaman yang berjuang di Bosnia. Hazmi dan Mihdhar tiba di Amerika Syarikat pada Januari 2000, selepas menghadiri Sidang Kemuncak al-Qaeda di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada musim bunga 2000, Hazmi dan Mihdhar menjalani latihan penerbangan di San Diego, California, tetapi mereka berdua kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang cemerlang dalam pelajaran, dan akhirnya bertindak sebagai perampas sampingan.[102][103]

Pada akhir tahun 1999, sekumpulan lelaki dari Hamburg, Jerman tiba di Afghanistan, termasuk Mohamed Atta, Marwan al-Shehhi, Ziad Jarrah, dan Ramzi bin al-Shibh.[104] Bin Laden memilih mereka ini untuk komplot ini, kerana mereka berpendidikan tinggi, fasih berbahasa Inggeris, dan berpengalaman hidup di negara Barat.[105] Rekrut-rekrut baru diperiksa secara rutin untuk kemahiran khas, dan dengan ini kepimpinan al-Qaeda memilih Hani Hanjour, pemegang lesen juruterbang komersil, untuk komplot ini.[106]

Hanjour tiba di San Diego pada 8 Disember 2000 lalu bertemu dengan Hazmi. Kemudian, mereka berlepas ke Arizona, di mana Hanjour menjalani latihan ulang kaji. Marwan al-Shehhi tiba di akhir Mei 2000, manakala Atta tiba pada 3 Jun 2000, dan Jarrah pula pada 27 Jun 2000. Bin al-Shibh berkali-kali memohon visa ke Amerika Syarikat, tetapi sebagai warganegara Yaman, beliau ditolak atas sebab kemungkinan bahawa dia akan berdiam melebihi had visanya dan kekal sebagai pendatang haram. Bin al-Shibh kekal di Hamburg untuk menyediakan penyelarasan antara Atta dan Khalid Sheikh Mohammed. Ketiga-tiga ahli sarang Hamburg berlatih kejuruterbangan di Florida selatan.

Pada musim bunga 2001, para perampas sampingan mulai tiba di Amerika Syarikat.[107] Pada Julai 2001, Atta berjumpa dengan bin al-Shibh di Sepanyol, di mana mereka menyelaraskan butir-butiran komplot, termasuk pemilihan sasaran muktamad. Bin al-Shibh turut menyampaikan hajat bin Laden supaya serangan dijalankan secepat mungkin.[108]

Osama bin Laden[sunting | sunting sumber]

Rencana–rencana utama: Osama bin Laden, Kematian Osama bin Laden, dan Rakaman video dan audio Osama bin Laden


Pengisytiharan perang jihad ke atas Amerika Syarikat oleh Osama bin Laden, serta satu fatwa yang ditandatangani oleh bin Laden dan lain-lain, menyeru pembunuhan orang awam Amerika Syarikat pada tahun 1998, dilihat oleh pihak penyiasatan sebagi bukti dorongannya untuk melakukan tindakan sedemikian.[109]

Bin Laden pada mulanya menafikan, tetapi kemudian mengakui terlibat dalam kejadian ini.[1][110]Al Jazeera menyiarkan kenyataan oleh bin Laden pada 16 September 2001 yang berbunyi "Ingin saya tegaskan bahawa bukan saya yang melaksanakan tindakan ini yang nampaknya dilaksanakan oleh individu-individu dengan dorongan-dorongan tersendiri."[111] Pada November 2001, tentera A.S. menemui semula sebuah pita video dari sebuah rumah yang musnah di Jalalabad, Afghanistan, di mana bin Laden dilihat berbual dengan Khaled al-Harbi serta mengakui berpengetahuan terlebih dahulu akan serangan ini.[112] Pita ini disiarkan di berbagai-bagai rangkaian berita mulai 13 Disember 2001. Ketampilannya yang terherot-benyot dalam pita itu dikatakan disebabkan oleh artifak pemindahan pita.[113] Pada 27 Disember 2001, keluarnya satu lagi video bin Laden, dalam mana beliau berucap, "Pengganasan terhadap Amerika wajar dipuji kerana ia merupakan pembalasan kepada ketidakadilan, [dan] bertujuan memaksa Amerika menghentikan sokongannya kepada Israel yang membunuh orang kita (Arab/Muslim)", tetapi tidak pula mengakui bertanggungjawab atas serangan itu.[114]

Sebaik sahaja sebelum pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2004, dalam satu lagi rakaman video kenyataan, bin Laden secara umumnya mengakui pelibatan al-Qaeda dalam serangan ke atas A.S. serta mengakui hubungan langsungnya dengan kejadian ini. Katanya, serangan itu dijalankan kerana "kami bebas...dan ingin mendapat balik kebebasan demi bangsa kami. Oleh sebab kamu mencabuli keselamatan kami, kami mencabuli keselamatan kamu."[115] Osama bin Laden kata, beliau secara peribadinya mengarahkan para pengikutnya untuk menyerang World Trade Center.[110][116] Satu lagi video yang diterima oleh Al Jazeera pada September 2006 menunjukkan Osama bin Laden bersama Ramzi bin al-Shibh, serta dua orang lagi perampas, iaitu Hamza al-Ghamdi dan Wail al-Shehri, ketika mereka membuat persiapan untuk serangan itu.[117]

Garis masa terperinci mengenai pengetahuan terdahulu bin Laden didedahkan dalam temu ramah September 2002 yang diadakan oleh pembuat dokumentari, Yosri Fouda bersama Khalid Sheikh Mohammed dan Ramzi bin al-Shibh: keputusan untuk melancarkan "operasi syahid di dalam Amerika" dibuat oleh suruhanjaya ketenteraan al-Qaeda pada awal tahun 1999; selepas memutuskan tarikh serangan (11 September 2001), Atta memaklumkan bin al-Shibh tentang tarikh ini pada 29 Ogos 2001. Bin Laden diberi maklumat ini pada 6 September 2001.[28]

Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan bahawa Osama bin Laden telah dibunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan tentera Amerika di Abbottabad, Pakistan, dan jenazahnya disimpan oleh pihak kerajaan A.S. Pengumuman ini disusuli oleh keraian di seluruh Amerika Syarikat.[118][119]

Khalid Sheikh Mohammed[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Khalid Sheikh Mohammed

Wartawan Yosri Fouda untuk saluran televisyen Arab, Al Jazeera melaporkan pada April 2002, Khalid Sheikh Mohammed mengakui pelibatannya di samping Ramzi bin al-Shibh, dalam "operasi Selasa Kudus".[120][121][122]Laporan Suruhanjaya 9/11 mendapati bahawa kemarahan terhadap Amerika Syarikat yang dirasai oleh Khalid Sheikh Mohammed, "dalang utama" serangan 9/11, "bukannya [berpunca] daripada pengalamannya di situ sebagai mahasiswa, tetapi daripada kecamannya terhadap dasar luar A.S. yang menyebelahi Israel".[97]

Mohamed Atta turut berkongsi dorongan ini. Ralph Bodenstein, seorang bekas rakan sekelas Atta, menyifatkannya sebagai "sebenarnya paling didorong oleh... perlindungan A.S. ke atas politik Israel di rantau itu (Timur Tengah)".[123]Abdulaziz al-Omari, seorang perampas Penerbangan 11 bersama Mohamed Atta, berkata dalam video wasiatnya, "Kerja saya merupakan pesanan kepada sesiapa yang mendengar saya dan semua orang yang melihat saya; pada masa yang sama, ia merupakan pesanan kepada para kafir supaya meninggalkan semenanjung Arab dalam keadaan tertumpas serta berhenti menghulurkan bantuan kepada Yahudi yang pengecut di Palestin."[124]

Khalid Sheikh Mohammed juga merupakan penasihat dan pembiaya pengeboman World Trade Center pada tahun 1993. Beliau juga bapa saudara kepada Ramzi Yousef, ketua pengebom dalam serangan itu.

Khalid Sheikh Mohammed diberkas pada 1 Mac 2003 di Rawalpindi, Pakistan oleh pihak berkuasa Pakistan yang bekerjasama dengan CIA, dan kini sedang ditahan di Teluk Guantanamo.[125] Ketika dibicarakan di A.S. pada Mac 2007, Sheikh Mohammed sekali lagi mengakui bertanggungjawab atas serangan itu, dengan berkata "Saya bertanggungjawab atas operasi 9/11 dari pangkal hingga hujung."[122][126] Mohammed membuat pengakuan itu setelah diseksa dengan dicurahi air.[127] Pada November 2009, Peguam Negara AS, Eric Holder mengumumkan bahawa Mohammed dan empat lagi konco yang disyaki akan dipindahkan dari Teluk Guantanamo, Cuba untuk dibicarakan di mahkamah awam dekat bekas tapak World Trade Center di New York. Holder meluahkan rasa yakin bahawa para yang tertuduh akan dibicarakan secara adil dan "telus kepada rakyat dan mata dunia".[128]

Ahli al-Qaeda yang lain[sunting | sunting sumber]

Menurut dokumen Substitution for Testimony of Khalid Sheikh Mohammed (Penggantian Testimoni Khalid Sheikh Mohammed) daripada perbicaraan Zacarias Moussaoui, lima orang dikenal pasti sedar sama sekali akan butiran operasi, iaitu Osama bin Laden, Khalid Sheikh Mohammed, Ramzi bin al-Shibh, Abu Turab al-Urduni dan Mohammed Atef.[129] Sehingga kini, hanya tokoh-tokoh sampingan yang dibicarakan atau disabit kesalahan atas serangan ini. Bin Laden pun tidak sempat didakwa secara rasmi atas kejadian ini.[130]

Pada 26 September 2005, mahkamah tinggi Sepanyol yang dikerusikan oleh hakim Baltasar Garzón menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun ke atas Abu Dahdah kerana berkomplot dalam serangan 9/11 serta menjadi ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda. Pada masa yang sama, 17 lagi ahli al-Qaeda dihukum penjara selama enam hingga sebelas tahun.[131][132] Pada 16 Februari 2006, Mahkamah Agung Sepanyol meringankan hukuman Abu Dahdah kepada 12 tahun setelah mendapati bahawa pelibatannya dalam komplot tidak dapat dibuktikan.[133]

Motif[sunting | sunting sumber]

Antara motif-motif di sebalik serangan 11 September ialah kehadiran pihak A.S. di Arab Saudi,[134]sokongan A.S. terhadap Israel,[135] dan sekatan terhadap Iraq.[136] Motif-motif ini dinyatakan terang-terangan oleh al-Qaeda dalam beberapa pengisytiharan sebelum serangan berlaku, termasuk fatwa-fatwa yang dikeluarkan pada Ogos 1996,[137] dan Februari 1998.[138] Selepas kejadian, bin Laden dan Ayman al-Zawahiri menerbitkan beberapa lagi pita video dan audio, sesetengahnya mengulang-ulang sebab-sebab serangan itu dilakukan. Dua terbitan yang terpenting ialah "Warkah untuk Amerika" oleh bin Laden pada tahun 2002,[139] dan pita video 2004 oleh bin Laden juga.[140] Selain pengumuman langsung oleh bin Laden dan Al-Qaeda, dorongan kepada serangan ini juga dianjurkan oleh ramai pengupas politik.

Kehadiran tentera A.S. yang berterusan di Arab Saudi selepas Perang Teluk ialah salah satu dorongan yang tersurat di sebalik serangan pengganas 11 September,[138]pengeboman Menara Khobar, dan juga tarikh yang dipilih untuk pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 (7 Ogos), iaitu genap lapan tahun selepas hari ketibaan tentera A.S. di Arab Saudi.[141] Bin Laden mentafsir sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang melarang "kehadiran orang kafir secara tetap di tanah Arab".[142] Pada tahun 1996, Bin Laden mengeluarkan fatwa yang menyeru supaya tentera Amerika Syarikat keluar dari Arab Saudi. Dalam fatwa 1998, Al-Qaeda menyatakan: "sudah lebih tujuh tahun Amerika Syarikat menduduki tanah Islam di tempat-tempat tersuci, di Semenanjung Arab, menjarah kekayaannya, mengarah-arah pemerintahnya, mengaibkan rakyatnya, mengganas jiran-jirannya, lalu menjadikan pangkalannya di Semenanjung sebagai penganjur untuk menentang umat Islam yang berjiran."[143] Dalam temu bual bersama Rahimullah Yusufzai pada Disember 1999, bin Laden meluahkan pandangannya bahawa tentera Amerika berpangkalan "terlalu dekat dengan Makkah" dan menganggap perihal ini sebagai pembangkit kemarahan seluruh dunia Ilam.[144]

Dalam "Warkah untuk Amerika" pada tahun 2002, bin Laden menyifatkan sokongan Amerika Syarikat kepada Israel sebagai salah satu dorongan: "Penubuhan dan kesinambungan negara Israel merupakan antara jenayah terbesar, dan kamulah pemimpin-pemimpin pelaku jenayah itu. Sesungguhnya, tidak perlu dijelaskan dan dibuktikan sejauh mana Amerika menyokong Israel. Penubuhan Israel merupakan jenayah yang mesti dihapuskan. Setiap insan yang bernoda tangannya kerana menyumbang kepada jenayah ini mestilah menerima padahnya secukup-cukupnya."[145] Pada tahun 2004 dan 2010, bin Laden sekali lagi melaungkan hubungan antara serangan 11 September dan sokongan yang diraih oleh Israel daripada Amerika Syarikat.[146][147][148] Sesetengah pengupas, termasuk Mearsheimer dan Walt, juga berhujah bahawa sokongan Amerika Syarikat kepada Israel juga salah satu dorongan kepada serangan ini.[144][149]

Dalam fatwa 1998, al-Qaeda mengungkit sekatan terhadap Iraq sebagai sebab untuk membunuh rakyat Amerika: "biarpun rakyat Iraq dibebani pembinasaan oleh perikatan salibi-Zionis, dan biarpun ramainya yang terkorban sehingga menjangkau sejuta orang... biarpun semua ini, orang Amerika sekali lagi cuba mengulangi pembunuhan beramai-ramai yang dengan dahsyat, seolah-olah tidak puas dengan kepungan berlanjutan yang dikenakan selepas peperangan yang keterlaluan ataupun pemecah-belahan dan pembinasaan....Oleh yang demikian, dan selaras dengan perintah Allah, kami mengeluarkan fatwa yang berikut kepada semua umat Islam: Perintah untuk membunuh orang Amerika dan sekutu-sekutu mereka—orang awam mahupun tentera—merupakan kewajipan individu bagi setiap umat Islam..."[143]

Selain motif-motif yang disiarkan oleh al-Qaeda, para pengupas telah mengusulkan motif-motif lain, termasuk keaiban yang timbul daripada dunia Islam yang makin mundur di belakang dunia barat yang makin ketara kesan globalisasi baru-baru ini.[150][151] Satu lagi motif yang dianjurkan ialah keinginan untuk memberangsangkan A.S. untuk melancarkan perang yang lebih besar ke atas dunia Islam dengan hasrat mendorong lebih ramai sekutu untuk menyokong al-Qaeda.[152]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Tindak balas semerta[sunting | sunting sumber]

Tragedi 9/11 dengan segeranya meninggalkan kesan yang amat sangat kepada rakyat Amerika.[153] Ramai pegawai polis dan penyelamat di seluruh negara mengambil cuti untuk ke Bandar Raya New York untuk membantu dalam proses pencarian mayat daripada sisa-sisa Menara Berkembar.[154] Kegiatan menderma darah turut meningkat secara mendadak di seluruh A.S. dalam beberapa minggu selepas 9/11.[155][156]

Seramai tiga ribu orang kanak-kanak kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya dalam kejadian ini.[157] Selain kehilangan ibu bapa, turut dirakam juga kekhuatiran kanak-kanak akan kehilangan nyawa atau persekitaran yang selamat, serta kesan tragedi kepada penjaga-penjaga yang masih hidup.[158][159][160]

Buat pertama kali dalam sejarah, SCATANA diseru untuk menutup segala ruang udara, sekaligus memaksa semua pesawat awam bukan kecemasan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain termasuk Kanada mendarat serta-merta,[161] menyebabkan puluh ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia.[162] Sebarang penerbangan antarabangsa tidak dibenarkan memasuki ruang udara A.S. oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, menyebabkan sebanyak 500 penerbangan terpaksa berpatah balik atau dilencongkan ke negara. Kanada menerima 226 penerbangan terlencong itu lantas melancarkan operasi kecemasan untuk menguruskan sebegitu banyak kapal terbang dan penumpang yang terkandas.[163]

Operasi ketenteraan ekoran serangan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga:Perang Terhadap Keganasan

Pada 2:40 petang 11 September, Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld mengeluarkan arahan segera kepada para pembantunya untuk mencari bukti pelibatan Iraq, menurut catatan yang diambil oleh pegawai dasar kanan, Stephen Cambone. "Best info fast. Judge whether good enough hit S.H." — meaning Saddam Hussein — "at same time. Not only UBL" (Cari maklumat terbaik segera. Nilai sama ada Saddam Hussein terlibat sekali, bukan sahaja Osama bin Laden), seperti yang dipetik daripada catatan Cambone daripada Rumsfeld.[164][165]

Majlis NATO mengisytiharkan bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat merupakan serangan ke atas semua negara NATO, dan dengan itu, memenuhi takrifan Perkara 5 Piagam NATO. Inilah kali pertama digunakannnya Perkara 5 yang digubal sebagai langkah berjaga-jaga akan serangan Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin.[166] Sekembalinya di Australia setelah kunjungan rasmi ke A.S. ketika serangan berlaku, Perdana Menteri Australia, John Howard menggunakan Perkara IV perjanjian ANZUS

Ilustrasi menunjukkan tempat dua kapal terbang melanggar WTC New York
Peta yang menunjukkan serangan ke atas WTC (pesawat tidak dilukiskan mengikut skala).
Pemandangan World Trade Center sebaik selepas kedua-dua menara runtuh (7 World Trade Center kelihatan masih berdiri).
Pentagon runtuh separa akibat kebakaran.
Seorang mangsa yang cedera dalam serangan Pentagon dibawa keluar.
Seorang ahli bomba Bandar Raya New York menyeru 10 orang lagi penyelamat supaya datang ke runtuhan World Trade Center.

KOMPAS.com – MASIH ingatkah kita akan seranganteroris ke beberapa target di Amerika Serikat pada 16 tahun silam yang dikenal dengan serangan “9/11” atau “ nine eleven” itu?

Pada Senin (11/9/2017) waktu di AS atau Selasa (12/9/2017) WIB, warga AS mengenang kembali serangan oleh jaringan teroris Al Qaeda yang menewaskan hampir 3.000 orang itu.

Setidaknya terjadi empat serangan bunuh diri yang dilakukan di beberapa target di kota New York dan Washington DC, 11 September 2001 atau 16 tahun silam.

Parah ahli teori konspirasi mengklaim, rekaman video serangan "nine eleven" itu cukup “membuktikan, bom-bom telah ditanam di menara kembar World Trade Center (WTC)” di New York.

Baca: Warga AS Bisa Gugat Arab Saudi Terkait Serangan “Nine Eleven" 

Sebuah video yang diunggah ke Youtube memperlihatkan satu ledakan di sisi Menara Selatan (South Tower) pada “hari kelabu” itu, kata beberapa ahli.

Mereka mengklaim, ledakan tersebut terjadi pada beberapa lantai di bawah titik di mana sebuah pesawat Boeing menabrak masuk ke gedung tersebut oleh pembajak.

Kekuatan ledakan yang terjadi di lantai bawah itu telah menyebabkan salah satu korban terlempar keluar dari jendela.

Para teroris Al Qaeda menabrakkan pesawat Boeing 767-200 milik United Airlines ke dalam gedung pencakar langit, Menara Selatan, 18 menit setelah sebuah pesawat lain menubruk masuk ke Menara Utara (North Tower), pada 11 September, 16 tahun lalu.

Kedua menara runtuh dalam waktu dua jam. Serangan lain  terjadi di Pentagon dan pesawat keempat jatuh di ladang di Pennsylvania. 

Efectomariposa93 /Youtube Asap muncul dari gedung di lantai di bawah titik serangan pesawat di Menara Selatan (South Tower) WTC di New York. Satu korban terlempar keluar jendela. Teori konspirasi mengatakan, itu efek ledakan bom.
Empat serangan itu menewaskan hampir 3.000 orang, termasuk 19 teroris Al Qaeda yang membajak pesawat komersial tersebut.

Hasil investigasi resmi telah menemukan bahwa, dua menara di New York – yang masing-masing memiliki 110 lantai, roboh karena dampak dari serangan pesawat.

Serangan pesawat pertama terjadi pada lantai 80 di North Tower dan serangan ke South Tower terjadi di lantai 60.

Menurut teori konspirasi, terjadi ledakan bom di beberapa lantai di bawah lantai 60 sebagaimana terlihat dari hasil rekaman CCTV yang diarahkan setelah serangan ke North Tower.

Baca: 15 Tahun Pasca-serangan "Nine Eleven", Warga New York Hadapi Realitas yang Berubah

Disebutkan, dari rekaman video itu terlihat “bukti” adanya penggunaan bahan peledak selama serangan itu, tidak semata-mata serangan dengan menabrakkan pesawat.

Sehari setelah serangan tersebut, Donald Trump yang kini menjadi Presiden AS, memberikan sebuah wawancara TV yang menyebutkan bahwa menara WTC roboh karena bom.

Reuters via Daily Mirror Teori konspirasi telah lama mempertanyakan apakah dampak tabrakan pesawat tersebut dapat menyebabkan gedung kokoh menara kembar WTC di New York runtuh?
Dia mengatakan, menara roboh "bukan karena masalah arsitektur. Bagaimana mungkin pesawat terbang, sekalipun itu (Boeing) 767 atau 747 atau apapun itu, bisa menembus baja (gedung) itu?

"Saya berpikir, mereka (teroris) tidak hanya dengan (menggunakan) pesawat terbang, tapi juga memiliki bom-bom yang meledak bersamaan”.

Para ahli telah meragukan kalau ledakan di WTC itu disebabkan bom. Investigasi oleh Badan Manajemen Darurat Federal (FEMA) menyimpulkan, dampak tabrakan pesawat menyebabkan bangunan runtuh.

Insinyur bangunan yang bekerja pada penyelidikan FEMA yakin, embusan asap yang disebabkan oleh proses yang dikenal sebagai pancake telah membuat gedung runtuh, bukan karena bom.

Kekejaman serangan yang dilakukan oleh teroris Al Qaeda pada 16 tahun silam adalah aksi terorisme terburuk dalam sejarah. 


0 Replies to “Tragedi Gedung Wtc 11 September 2001 Essay”

Lascia un Commento

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *